Monday, 12 September 2016

Aroma Desa Metrocity

Aroma Desa Metrocity 





Kalau anda inginkan makanan citarasa Indonesia, Aroma Desa Metrocity di Kuching Sarawak ialah kedai yang anda cari. Disini terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang unik dari Indonesia.


Sambal pula rasa sedap dan pedas membuatkan anda rasa nak tambah lagi. Tapi sambal kalau tambah ada caj tambahan RM1.50 untuk satu bekas kecil je... Huhu...


Ini adalah salah satu kekurangan yang terdapat di Aroma Desa ni...Nak tambah sambal sikit je kena caj RM1.50...


Di Bumbu Cabe admin tambah suka hati berapa kali pun sambal tetap FREE OF CHARGE... Itulah kelebihan Bumbu Cabe yang admin suka :D

Joe Barber Shop di Kuching







Joe Barber Shop di Kuching

Berpeluang untuk menikmati rasa gunting rambut yang unik dan ala hipster di Joe Barber Shop di Metrocity Kuching Sarawak.

Rasa gunting rambut ke kedai lama membuatkan ia menjadi pengalaman yang luar biasa. Dengan layanan bro ala2 hip hop dengan rambut afro lagi siap menjadikan ia seperti suasana berada di “zaman tupac”

Apa-apa pun ia satu pengalaman yang best dan cun… Cuma kalau ada servis trim jambang lagi best… Baru hip hop bro :D

credit to ilovesarawakonline.com

Merdeka Auto Carnival 2016 Kuching Sarawak

Merdeka Auto Carnival 2016 Kuching Sarawak













Serapi Virgin Coconut Shake

Serapi Virgin Coconut Shake







Terus terang ketika pergi ke Telaga Air lalu di hadapan Serapi Virgin Coconut Shake, saya langsung tak minat nak singgah pun.

Minat tu timbul apabila berkursus bersama seorang rakan dari Melaka yang kata “Coconut Shake” disitu terbaik daripada Melaka yang dia pernah rasa. Di Melaka femes dengan Coconut Shake kot… Dia boleh kata Sarawak ada lebih baik dan aku tak tahu??? Hmmm…

Jadi sebagai orang Sarawak agak tercabar juga ketika itu kerana tak pernah try. So saya try la juga walaupun terpaksa berbaris dan menunggu dalam 30 minit sebab ramai yang order beb…

Tepi jalan je kedai, tapi ramai singgah nak beli Coconut Shake dia… Pelik tapi benar…

Rasa Coconut Shake disini lemak manis berkrim kerana bila masuk mulut ia rasa seperti lemak2 seolah2 korang makan Virgin Coconut Oil… Tak tahu la diorg ada letak ke x… Sebab x tanya… Tapi sedap

credit to  ilovesarawakonline.com